Tuesday 24 July 2012

Satay Haji Samuri Kajang

Entry kali ni , taz nak cerita pasal Satay yang famous kat Malaysia ni .. mana lagi kalau bukan Satay Kajang. actually , dari kecik taz dah disuapkan dengan satay kajang ni .. pasal taz memang anak jati kajang ! haha .. Lokasi Satay Kajang ni betul2 terletak di tengah2 bandar Kajang , kalau anda perasan , dia betul2 kat stadium kecil kajang tu . Lebih detail lagi , Restoren ni terletak di bangunan dato Nazir . Restoren ni juge merupakan Galeri Satay haji wak Samuri. tu pasal lah restoren ni besar sikit berbanding dengan cawangan yang lain . setahu aku , restoren ni cawangan induk yang paling besar. ada beberapa cawangan lain di bandar kajang tapi alang2 dah sampai sini , baik pergi cawangan paling class kan ? haha .. mai taz share gambar sikit.



Restoren ni ada 2 tingkat. boleh pilih mana anda nak duduk. ada jugak ruangan aircond. Cara nak order kat sini unik sikit . anda pergi cari meja mana anda nak duduk, lepas tu pergi kaunter bagi tahu nombor meja pilihan anda tu . lepas order lah dan bayar dulu . sistem ni mudah sikit!


kalau tak kena masa.. beratur panjang la anda. haha .. tapi jangan risau . ada 6 kaunter disediakan . tak de hal lah .. tunggu pesanan pun tak lama. Menu kat sini memang variety. macam2 Satay ada. ayam,perut,kambing,daging,rusa, arnab pun ada. selain satay, masakan panas pun disediakan. taz syorkan anda makan mee bandung dia , perh! memang class !



Tempat duduk kat sini memang banyak . tapi kalau tak kena masa.. susah jugak nak cari tempat duduk tau ? memang ramai pelangganye, bukan je orang kajang , orang luar pun ramai!




satay nye pulak memang mengancam! taz suka satay perut! yang lain tu tak berapa minat.. huhu .. so , order itu je lah kalau datang pun !


conclusionye , tempatnye memang best ! Barang2 antik menjadi tema utama hiasan di restoren tu ! tempatnye pun bersih dan sangat selesa . bagi anda yang tak pernah kesini , lai lai !! hehe .. sebelum taz tata , jom tengok   gambar2 lagi ! tata !














Wednesday 11 July 2012

me, mama, The mines

Mama nak beli handphone sebab phone dia dah rosak. so taz teman lah mama ke The Mines Balakong . lepas settle beli fon , makan time ! yeah , ini masa yang taz tunggu2 . taz pilih lunch hari ni . kami ke Carl's Jr.


 Special menu kat Carls Jr ni adalah burger panggang. lebih kurang burger bakar wangsa maju tu lah tapi versi orang putih! haha ..yang kat wangsa maju tu, kaw kaw malaysian punye taste. pastinya lagi sedap. tapi nak ke wangsa maju, jauh , kami makan aje lah di carl's jr ni . tempat memang selesa.





thanx belanja ma !

National Mosque

Jom ke Masjid Negara !




Kali ni taz jalan2 ke Masjid Negara dengan Izwan. Masjid negara ni dekat je dengan Methodist Girl school. cantik sungguh tempat dia ! bersih je . kat sini , pelawat yang bukan beragama islam pun boleh melawat, tapi ada tempat2 dia lah . pihak pengurusan masjid sediakan jubah dan tudung khas untuk pelawat2 non muslim ni masuk masjid ni . so .. tak de lah pelawat yang tak tutup aurat masuk seterusnya dapat patuhi etika pemakaian masa dalam tempat beribadat orang islam. actually, taz singgah aje ke sini .. asyik lalu aje x singgah, kali ni , taz masuk . jom tengok panorama di masjid negara !













Lepas balik dari masjid , kami lunch di jalan tanglin , dekat je dengan bukit aman . kat situ memang penuh customer masa lunch time ! nasi campur hidangan utama, lauk pauk semuanya sedap! yang specialnya kat sini sup tulang! memang terbaik . daging pun lembut je .




Lepas lunch , minum petang plak ! Chatime Lot10 Bukit Bintang . pilihan saya milk tea izwan pulak pure coco ! dua2 sedap dan antara best seller di chatime. chatime cawangan lot10 ni kat luar building . so, memang tempat lepak outdoor . mudah la untuk pejalan2 kaki di Bintang walk ni singgah minum sebentar! hihi






Malam pulak , kami makan di Cozy Corner Ampang Park . Tempat ni agak terkenal juga dengan menu western terutamanya. Restoren ni dah lama.. since ayah dengan mama taz bercinta dulu dah ada. kali ni , turn Taz dengan Izwan pulak lah yang candle light diner kat situ . haha..



Terima kasih Muhamad izwan sebab sudi bawa taz jalan2 . banyak juga habis duit abang bucuk taz ni, kesian die . hihi .. sayang u ! tu je cerita hari ni . tata !