Tuesday 24 July 2012

Satay Haji Samuri Kajang

Entry kali ni , taz nak cerita pasal Satay yang famous kat Malaysia ni .. mana lagi kalau bukan Satay Kajang. actually , dari kecik taz dah disuapkan dengan satay kajang ni .. pasal taz memang anak jati kajang ! haha .. Lokasi Satay Kajang ni betul2 terletak di tengah2 bandar Kajang , kalau anda perasan , dia betul2 kat stadium kecil kajang tu . Lebih detail lagi , Restoren ni terletak di bangunan dato Nazir . Restoren ni juge merupakan Galeri Satay haji wak Samuri. tu pasal lah restoren ni besar sikit berbanding dengan cawangan yang lain . setahu aku , restoren ni cawangan induk yang paling besar. ada beberapa cawangan lain di bandar kajang tapi alang2 dah sampai sini , baik pergi cawangan paling class kan ? haha .. mai taz share gambar sikit.



Restoren ni ada 2 tingkat. boleh pilih mana anda nak duduk. ada jugak ruangan aircond. Cara nak order kat sini unik sikit . anda pergi cari meja mana anda nak duduk, lepas tu pergi kaunter bagi tahu nombor meja pilihan anda tu . lepas order lah dan bayar dulu . sistem ni mudah sikit!


kalau tak kena masa.. beratur panjang la anda. haha .. tapi jangan risau . ada 6 kaunter disediakan . tak de hal lah .. tunggu pesanan pun tak lama. Menu kat sini memang variety. macam2 Satay ada. ayam,perut,kambing,daging,rusa, arnab pun ada. selain satay, masakan panas pun disediakan. taz syorkan anda makan mee bandung dia , perh! memang class !



Tempat duduk kat sini memang banyak . tapi kalau tak kena masa.. susah jugak nak cari tempat duduk tau ? memang ramai pelangganye, bukan je orang kajang , orang luar pun ramai!




satay nye pulak memang mengancam! taz suka satay perut! yang lain tu tak berapa minat.. huhu .. so , order itu je lah kalau datang pun !


conclusionye , tempatnye memang best ! Barang2 antik menjadi tema utama hiasan di restoren tu ! tempatnye pun bersih dan sangat selesa . bagi anda yang tak pernah kesini , lai lai !! hehe .. sebelum taz tata , jom tengok   gambar2 lagi ! tata !














No comments:

Post a Comment